Inilah masa tahunan dimana laporan kewangan
akan dikeluarkan. Kali ini ada kejutan dalam industry teknologi. Apple, yang
terkenal dengan iPhone, Macbook dan iPod (peringatan kalaulah anda terlupa),
kini bukan lagi syarikat paling berharga dunia.
Syarik
Gelaran itu kini milik saingan rapatnya,
Alphabet (syarikat induk Google).
Nilai bersih mereka sekitar $558 bilion
berbanding Apple yang mempunyai nilai bersih $534 bilion.
Mereka juga telah mengumumkan pendapatan
sebanyak $21.3 bilion pada suku 4 tahun lepas, melepasi jangakaan Wall Street.
Ia bukanlah satu kejutan dimana majority
pendapatan mereka datang daripada Google, tetapi perlu dinyatakan bahawa 90%
daripadanya datang daripada iklan. (Google mengunakan taktik Fremium dimana ia
memberi sesuatu percuma dan mendapat keuntungan melalui iklan yang dipamerkan
kepada penguna)
Tambahan pula, CEO mereka Sundar Pichai
menyatakan bahawa Gmail kini mempunyai 1 bilion penguna. Bayangkan 1 daripada 7
orang dimuka bumi ini mempunyai akaun Gmail.
Untuk lebih informasi, sila layari artikel
asal di Android Headlines.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan