Khamis, 11 Februari 2016
Avast Mobile Security: Muat turun Anti-virus percuma ini sekarang!
Dengan prestasi telefon pintar yang semakin lama semakin canggih hingga boleh menandingi komputer riba kita tidak mengejutkanlah yang akan ada virus untuknya juga.
Pembuat virus ini biasanya akan membuat virus bagi platform yang mempunyai ramai penguna. Jadi memandangkan telefon-telefon pintar sekarang semakin banyak, inilah yang mereka akan sasar.
Untuk iOS biasanya tidak sangat ancaman kerana sifat iOS yang dibina dengan kawalan ketat dan dengan ciri-ciri sekuriti yang tinggi (bagi yang tidak dijailbreak). Perkara yang sebaliknya harus dikatakan bagi Android. Android yang terkenal kerana sistemnya yang terbuka membolehkan ramai programmer untuk mencurahkan kreativiti mereka juga mendedahkan platform mereka.
Dan jumlah virus bagi Android memang lebih banyak, oleh itu digalakkan untuk memuat turun satu anti-virus daripada Google Play Store ( pasaran applikasi parti ketiga tidak boleh dijamin, melainkan yang terkenal dan disahkan selamat seperti Amazon Appstore)
Soalan seterusnya anti-virus mana yang bagus? Ada yang perlu dibayar, adakah ia berbaloi?
Baru-baru ini Avast telah secara tidah langsung menyenangkan proses menjawab soalan diatas kerana mereka telah menjadikan applikasi anti-virus Android mereka, Avast Mobile Security, percuma sepenuhnya.
Sebelum ini anda perlu membayar $2 sebulan atau $20 setahun untuk semua ciri-ciri tambahan. Sekarang tidak perlu lagi. Ciri-ciri tambahan yang biasanya disertakan dengan versi penuh Avast iaitu Privacy Advisor dan App Lock.
Prestasi Avast juga boleh dikatakan antara yang terbaik. Klik disini untuk ulasan tentangnya. Kalau anda ingin menjimat duit, bolehlah memuat turun kan applikasi ini untuk melindungi peranti Android anda.
Sumber: Tomsguide, GooglePlayStore
Label:
Android,
Anti-virus,
Antivirus,
Best,
Percuma,
Smartphones,
Terbaik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan