Ahad, 14 Februari 2016
MICRO-USB C BERKUALITI RENDAH MEROSAKKAN KOMPUTER RIBA
USB C (USB 3.1) sememangnya akan menjadi popular, ia akan mengantikan USB 3.0 dan microUSB pada peranti-peranti semua. Apa kelebihannya? Ia secara teorinya 2 kali lebih pantas daripada USB 3.0 dan boleh menandingi Thunderbolt (10Gbps). Selain itu ia juga boleh menandingi kabel Lightning Apple yang boleh dimasukkan daripada mana-mana orientasi kerana atas bawahnya sama.
Setakat ini sudah beberapa peranti yang mengambil langkah berani untuk mengadaptasikan teknologi baharu ini. Antaranya adalah OnePlus Two, Nexus 5X, Nexus 6P, Macbook Air dan Chromebook Pixel 2015.
Namun ada segelintir pembuat kabel mengambil kesempatan kenaikan USB-C ini dengan mengeluarkan versi mereka sendiri. Yang kurangnya adalah kualiti USB-C ini tidak langsung memuaskan malah merbahayakan.
Terima kasih kepada Benson Leung, seorang jurutera daripada Google yang menguji kabel-kabel USB-C yang dijual di laman web untuk keselamatan kita. Kes terkini merupakan satu kabel daripada Surjtech USB A kepada USB C telah merosakkan komputer riba, Chromebook Pizel 2015, yang beliau gunakan untuk laporannnya.
Benson telah membuat analisis kabel USB-C itu dan rupanya mereka telah terbalikkan susanan kabel dalamannya.
Jadi berjaga-jaga apabila membeli kabel-kabel USB-C yang masih baru lagi dipasaran, jika boleh beli yang dibuat oleh jenama-jenama yang terkenal buat sementara waktu ini lagi.
Sumber: PCMag, Apexitsol
Label:
Chromebook Pixel,
Nexus,
OnePlus Two,
USB 3.1,
USB BAHARU,
USB-C
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan