Rabu, 10 Februari 2016

Gambar-gambar bocor SAMSUNG GALAXY S7


Seakan tiada apa-apa yang dapat dirahsiakan (ataupun Samsung memang tidak peduli langsung), sekarang terdapat beberapa gambar S7 tersebar di laman web.

Terima kasih kepada laman web Vietnam ReviewDao, gambar-gambar yang dimuat naikkan memaparkan belakang S7 (kebarangkaliannya S7 Edge) dengan jelas sehingga boleh dikatakan mengesahkan satu lagi khabar angin tentang S7 dimana bonjolan kamera belakang akan dikurangkan berbanding S6.

Seperti dikatakan oleh The Independent, belakang S7 nampak seperti diperbuat daripada plastik namun ini mungkin hanya satu prototaip. S7 yang sebenarnya kemungkinan berbeza dan berdasarkan khabar-khabar angin akan mengunakan gelas bagi binaan belakang.



Satu lagi gambar yang tersebar merupakan sudut depan S7 Edge pula. Kali ini gambar ini daripada laman web Weibo. Dengan khabar angin baru-baru ini, S7 Edge akan mempunyai bahagian lengkungan lebih (perhatikan bahagian atas S7 Edge didalam gambar) dan bukan saja ditepi telefon.
                                        

Untuk mengetahui lebih tentang S7, silalah ke ruangan KhabarAnginTech dimana terdapat satu post khas bagi semua berita tentang S7.

Sementara ini, kita hanya boleh menunggu dengan penuh teruja untuk S7 tiba pada 22 Feb 2016 pada jam 2:00 am MYT.


Sumber: TheIndependent, ReviewDao

Tiada ulasan:

Catat Ulasan