![]() |
| Konsep iPhone 7 oleh Arthur Reis. Kredit:Behance, Forbes |
Masa untuk khabar angin iPhone,
memandangkan saya asyik bercakap mengenai S7 sahaja mesti anda dah nak mula
bosankan (saya harap taklah hehe)
Jika anda mengikuti dunia teknologi, anda
mesti tahu yang ada hura-hura mengatakan bahawa Apple akan membuang lubang
headphone pada iPhone yang akan datang ini. Ini akan memaksakan penguna iPhone
untuk menguna headphone/earphone melalui lubang Lightning ataupun melalui
Bluetooth.
Apa akan jadi dengan ruangan kosong baharu
itu? Menurut seorang penganalisis Barclays, ruangan itu akan digunakan untuk
meletak satu lagi speaker audio. Ini akan membolehkan iPhone untuk memainkan
bunyi stereo berbanding dengan hanya bunyi dari satu speaker. (Lubang-lubang
kecil yang anda Nampak disebelah lubang headphone merupakan ruangan bagi
mikrofon).
Untuk mengesahkan semua ini, kita hanya
boleh menunggu hari pelancaran rasmi iPhone yang seterusnya.
Sumber: The Independent

Tiada ulasan:
Catat Ulasan