Dijumpai oleh penguna Reddit, mereka telah menyatakan yang dengan hanya menukar tarikh pada iPhone atau iPad kepada January 1, 1970 akan merosakkan telefon anda (setakat ini belum ada solusi).
Tambahan pula kalau peranti itu ditutup, mustahil untuk dinyalakan semula tanpa dihantar kepada juruteknik Apple.
Peranti yang terjejas dengan masalah ini adalah yang mengunakan iOS 8 dan keatas. The Guardian melaporkan yang Apple "masih menyelidik perkara ini".
Jadi, tolong, tolong, tolong jangan cuba ini kalau ada yang meminta anda. Post ini bertujuan untuk menyelamatkan masa dan duit anda.
Sumber: EveningStandard, Yahoo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan