Rabu, 17 Februari 2016

Beberapa lagi gambar S7 dimuat naikkan



Semakin kita menghampiri hari pelancaran Samsung semakin banyak pula gambar yang dibocorkan.

Rasanya memang Samsung tidak kisahpun untuk merahsiakan reka bentuk telefon pintar baharu mereka ini.

Baru-baru ini Evan Blass yang sering menyebarkan khabar-khabar angin tech sekali lagi memuat naik kan gambar-gambar ke akaun Twitternya.

Gambar-gambar ini semua menunjukkan yang S7 akan memiliki reka bentuk serupa dengan S6. Bagi saya ini bukanlah satu masalah kerana S6 sendiri sudah menarik. Namun akan terdapat beberapa perubahan dari segi bonjolan kamera belakang yang akan dikecilkan dan mungkin akan terdapat port USB-C dibawah

Dalam gambar pertama anda boleh lihat 3 warna berbeza bagi Samsung S7 Edge (Silver, Black, dan Gold)
Sementara dalam gambar kedua pula merupakan telefon S7 biasa tanpa lekuk (dan jikalau khabar angin betul bersaiz kecil).

Tambahan lagi, ya ada lagi nampak tak begitu banyak sekali gambar yang dibocorkan, seorang penguna Weibo menunjukkan gambar dimana terdapat satu S7 Edge yang sedang dihidupkan (walaupun sedikit kabur)



Dengan semua gambar yang telah dikeluarkan, ada yang menyatakan pelancarannya nanti tidak menarik tapi bagi saya ia membuatkan saya lagi tidak sabar untuk melihat jika ia betul akan menjadi kenyataan kerana semua yang telah informasi yang telah dibocorkan menunjukkan satu peningkatan (walaupun hanya dalaman) yang bagus dari Samsung.

Untuk laporan penuh mengenai telefon pintar ini, ikutinya disini.

Sumber: Techcrunch, Evan Blass

Tiada ulasan:

Catat Ulasan