Jumaat, 19 Februari 2016

microSD nampaknya ada pada S7 berdasarkan gambar-gambar bocor baharu (terdapat video sekali)


Diantara semua yang dibocorkan, saya rasa yang ini merupakan gambar telefon utama Samsung yang paling jelas.

Daripada Android Authority, kita dapat melihat beberapa gambar malah satu video peranti itu sendiri. Mereka juga telah melaporkan beberapa spesifikasi yang didapati padanya iaitu rating IP67/68, kamera 12MP and satu ciri yang akan memuaskan hati kebanyakan penguna, ruangan bagi microSD.

Ini boleh dilihat didalam gambar dibawah dimana terdapat dua slot kosong pada papan sim, satu bagi nano-sim sementara lagi satu adalah bagi microSD. Yahoo!


Yang sedih hanyalah laporan bahawa tiadanya port USB-C.







Daripada video ini, anda dapat melihat sisipan OS bersama dengan skin TouchWiz mereka yang nampaknya lebih ringan. Berbanding sebelum ini, tiada sangat applikasi yang tidak berguna diletakkan keadalam telefon.

Selain daripada itu, terdapat juga satu gambar yang sudah lama keluar. Kali ini ia merupakan gambar daripada PCMag (daripada Pisapapekes sebenarnya) yang menunjukkan depan belakang S7 emas,



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang S7 yang akan tiba minggu hadapan, bacalah disini.


Sumber: Android Authority, PCMag

Tiada ulasan:

Catat Ulasan