Ahad, 14 Februari 2016

Keputusan awal menunjukkan LG G5 mengalahkan Galaxy S7



Antara penanda aras yang popular untuk menguji prestasi telefon pintar merupakan Geekbench. Terkini terdapat satu penampilan baharu yang menarik. Ia merupakan satu peranti daripada LG yang rasanya adalah LG G5.

LG G5 akan hadir pada tarikh yang sama dengan Galaxy S7 yang merupakan satu tindakan berani daripada LG. Mereka akan mengumumkannya beberapa jam lebih awal daripada Samsung.

Dan kini mereka sudahpun mempunyai satu kelebihan. Ujian yang dilakukan di Geekbench mendapati LG G5 yang muncul dengan spesifikasi Snapdragon 820, 4GB RAM dengan Android 6.0.1 mendapat markah 2248 bagi satu teras dan 5061 bagi semua teras.



Ini mengalahkan keputusan semua teras yang Samsung Galaxy S7 berserta Snapdragon 820 dapat iaitu 4979. Namun Galaxy S7 mengalahkan G5 dari segi ujian satu teras dengan markah 2282.

Satu berita yang bagus bagi LG tapi ia masih belum lagi diuji berbanding S7 yang dilengkapkan dengan Exynos 8890 yang lebih berprestasi.

Namun, semua ini tidaklah menjaminkan prestasi dunia sebenar.

Sumber: Techradar, Geekbench, Android Authority

Tiada ulasan:

Catat Ulasan