Khamis, 4 Februari 2016
Teknologi menarik pada kamera iPhone 7: Dwi-lensa
Sebenarnya khabar angin bagi berita ini sudah berkeliaran sejak daripada tahun lepas lagi namun tahun ini ia lebih kerap dan lebih kuat tersebar.
Apple memang sentiasa mencuba untuk meningkatkan kualiti kameranya lalu tidak terlalu mengejut yang mereka cuba teknik ini. Dengan adanya dwi-lensa dikatakan mampu memberi kualiti kamera telefon pintar setaraf dengan kamera DSLR.
Tambahan pula laporan daripada Ming-Chi Kuo daripada KGI Securities yang terkenal sebagai seseorang yang sangat tepat dalam ramalannya tentang iPhone-iPhone baharu sejak beberapa tahun yang lalu.
Namun beliau menambah bahawa teknologi ini hanya akan ada pada iPhone 7 Plus sahaja dan bukan pada iPhone 7. Malah dikatakan lagi tidak semua model iPhone 7 Plus akan mendapatnya, dalam 30% sahaja sementara iPhone 7 Plus yang lain akan mendapat kamera biasa iSight Apple.
Salah satu daripada kamera itu akan dilengkapkan dengan Optical Image Stabilization (OIS) bagi gambar yang lebih dan sudut yang luas sementara kamera yang kedua akan mempunyai lensa telephoto dengan sudut yang lebih nipis. Teknologi-teknologi ini dipercayai wujud dengan Apple selepas mereka membeli syarikat LinX yang terkenal dengan teknologi kamera yang innovatif.
Selain daripada itu, DigiTimes telah mengeluarkan laporan tentang syarikat Largan Technology disamping pengeluar-pengeluar lensa daripada Cina dan Jepun yang menghantar sampel-sampel kamera dwi-lensa kepada Apple untuk diuji.
Sumber: BGR, BGRIN,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan