Semua bermula dengan LG G2. Itu merupakan
telefon pintar yang telah menangkap mata dunia kepada pengeluar Korea ini.
Seterusnya merupakan G3, sebuah telefon pintar yang menakjubkan hingga ada
segelintir yang mengatakan ia lebih baik daripada Galaxy S5 yang muncul pada
tahun yang sama. Ia mempunyai resolusi skrin yang terbaik pada waktu itulah.
Tidak
dilupakan teknologi baharu laser autofocus-nya yang mampu memberi autofocus
yang laju. Tahun yang berikutnya mereka mengeluarkan G4, satu telefon pintar
yang bagus tapi sedikit berbeza dari segi belakangnya diperbuat daripada kulit.
Ia secara keseluruhannya merupakan satu evolusi daripada G3 namun ia masih
mampu bertanding dengan Galaxy S6 untuk gelaran kamera terbaik pada telefon
pintar.
Sekarang masanya mereka memberi satu impak
yang besar dengan telefon utama baharu mereka, LG G5. (Bagi yang ini tiadalah
kejutan nama)
TARIKH
PELANCARAN
Bukanlah seorang yang takut pada cabaran,
LG telah memutuskan untuk melancarkan telefom mereka pada hari yang sama dengan
Samsung iaitu pada Feb 21, 2016. Perebezaannya hanyalah pengumuman mereka
beberapa jam lebih awal. Hari itu sememangnya menarik.
Sumber: BGR
![]() |
| Kredit kepada BGR |
REKA
BENTUK
Nampaknya belakang LG akan kelihatan
berbeza. Kameranya akan diletakkan didalam satu ruangan oval diatas pengesan
cap jari.
Model tahun ini dikatakan akan mempunyai
binaan besi penuh pertama, isu yang sering timbul dengan konsep ini merupakan
samada baterinya masih lagi boleh ditanggalkan.
Daripada gambar oleh CNET Korea, LG
dikatakan telah menjumpai jawapan kepada masalah ini dengan membolehkan ruangan
bawah telefon pintarnya untuk ditanggalkan. Lalu penguna pun boleh terus
menukar bateri melalui cara ini. Mereka juga telah menyertakan satu lukisan
bayangan berdasarkan testimoni seorang saksi.
Sumber: Android Headlines
Maklumat terkini:
Disini merupakan gambaran baharu.
Memandangkan khabar angina yang tersebar mengatakan bahawa G5 akan mempunyai
bahagian bawah yang boleh ditanggalkan, ini dijangka akan menyebabkan mereka
terpaksa mengorban beberapa ciri-ciri telefon itu.
Antaranya merupakan butang
audio yang tidak akan lagi berada di belakang telefon itu. Ia akan didapati
dibahagian tepi telefon. Sedihnya kerana dengan reka bentuk butang audio
dibelakang mereka boleh menipiskan telefon tidakpun mengurangkan bezel telefon.
Dibawah pula dikatakan akan terdapat lubang
cas USB-C yang akan menjadi standard seterusnya. Apa-apa pun, ini semua akan
disahkan pada minggu hadapan.
Sumber: Android Headlines
Gambar bocor daripada pembuat casing iaitu
Spigen menunjukkan belakang telefon LG baharu ini. Ini selari dengan
khabar-khabar angina yang mengatakan tiada lagi butand audio dibelakang telefon
pintar utama ini. Lihat dibawah.
Sumber: Android Headlines
SKRIN
LG kebarangkalian besarnya akan meneruskan
pengunaan skrin QHD/2K mereka (2560x1440). Spesifikasi yang telah dibocorkan
memberitahu bahawa ia akan mempunyai 640 ppi dan berukuran 5.3-inci.
Sumber: Evan Blass
Nampak gayanya LG G5 pun akan memilik skrin kedua yang akan sentiasa nyala seperti LG V10.
Sumber: Evan Blass, TalkAndroid
Satu lagi gambar telah dimuatnaikkan oleh Evan Blass. Kami amat berterima kasih kepada anda!
Dilaporkan oleh Stuff, rupanya terdapat seorang daripada Dubai yang telah mencuba untuk menjual prototaip G5 sebelum ia dilancarkan. Daripada gambar screenshot yang berjaya ditangkap menunjukkan bahawa peranti tersebut padan dengan semua khabar angin.
Sumber: Stuff
CPU
Tahun lepas mereka terpaksa berkompromi
dengan mengunakan Snapdragon 808 berbanding Snapdragon 810 yang mempunyai isu
kepanasan. Bagusnya tahun ini, naga baharu Qualcomm tampaknya lebih sejuk.
Semua khabar mengatakan bahawa G5 akan mengunakan Snapdragon 820.
Keputusan awal Geekbench menunjukkan yang
ia mengalahkan Galaxy S7 dari segi ujian semua teras.
Sila ke sini untuk maklumat lanjut.
Ia akan digandingkan dengan RAM sebanyak 4GB.
KAMERA
Kamera belakang dikatakan akan mendapat
kamera 16MP yang sama sementara kamera 8MP akan diletakkan dihadapan telefon
ini.
Satu lagi khabar angin mengatakan pula yang
kameranya akan ditukarkan kepada lensa 20MP.
Apa yang pasti adalah ciri dual-flash, dan
laser auto focus mereka.
BATERI
G3 dikenali sebagai pelahap bateri
(kebarangkaliannya disebabkan resolusi skrinnya). Mereka telah memperbaikinya
pada G4 lalu harapan lagi tinggi bagi G5.
Memandangkan bahan binaannya dikatakan akan
sepenuhnya diperbuat daripada besi, sedihnya bateri akan dikecilkan daripada
3000mAh kepada 2800 mAh.
Sumber: Stuff
Info terkini, salah seorang daripada pengikut Evan Blass telah menyoalnya tentang saiz bateri G5 di Twitter dan dia telahpun membalas dengan mengatakan bahwa ia akan bersaiz 2800 mAh.
![]() |
| Sumber: Android Headlines |
Ini menarik, gambar yang dikeluarkan pada laman web Weibo menunjukkan bagaimana rupa bentuk bateri G5. Ia kelihatan melekat dengan bahagian bawah telefon pintar itu lalu memudahkan lagi proses penukaran bateri. Nampak gayanya solusi LG untuk bateri yang boleh ditukar amat baik. Lagi-lagi dari segi penampilannya.
Sumber: TheNextWeb
AUDIO
Nampaknya LG tidak melupakan aspek ini. Mereka dikatakan telahpun berkerjasama dengan Bang & Olufsen untuk memastikan audio G5 antara audio telefon pintar yang terbaik.
Sumber: TalkAndroid
CIRI-CIRI
LAIN
- SKRIN SENTIASA NYALA: Pertama
kali diperkenalkan pada telefon V10 mereka, ia mengunakan satu skrin kecil
kedua dengan resolusi yang rendah bagi menjimatkan bateri.
- BATERI BOLEH DITANGGALKAN: Ciri yang semakin lama semakin pudar. LG masih berusaha untuk memikirkan satu cara kreativiti untuk mengekalkan ciri yang dianggap penting bagi penguna berat telefon pintar.
SUMBER LAIN:









Tiada ulasan:
Catat Ulasan